Al-Hilmi Agrofarm

  • Laman Utama
  • Info Kami
  • Produk
  • Galeri

Profail Syarikat kami - Al-Hilmi Agrofarm

Al-Hilmi Agrofarm ditubuhkan pada Julai 2008. Ia adalah hasil daripada idea dan konsep yang telah dimulakan oleh Pengarah Al-Hilmi Agrofarm sendiri, Tn Haji Dato' Ahmad Faris dan Yang Mulia Datin Raja Azlina. Ia dimulakan dengan ternakan kambing sebanyak 82 ekor yang dibawa dari kandang Rasau. Pembinaan kandang kambing turut dilakukan pada masa yang sama dan setakat ini, ladang Al-Hilmi mempunyai seramai 12 orang tenaga pekerja. Sehingga hari ini, jumlah ternakan kambing Al-Hilmi Agrofarm adalah sebanyak 258 ekor.

Sejak penubuhan ladang ini, kami mempunyai 3 jenis kambing iaitu Boer, Jamnapari dan Katjang. Ini bagi dalam proses mempelajari cara-cara ternakan yang berbeza untuk setiap jenis kambing ini. Kebanyakan kambing-kambing yang diperolehi oleh Al-Hilmi adalah hasil pembelian dari ladang-ladang lain. Kambing-kambing dijaga oleh pekerja-pekerja yang terlatih dan mempunyai sijil-sijil khas yang berkaitan dengan penternakan.

Pembinaan kandang dibuat pada Julai 2008 dan siap pada september 2008. Pada 5 Oktober kambing-kambing dipindahkan dari kandang Kampung Rasau ke Kandang Alhilmi. Semasa itu bilangan kambing adalah 82 ekor. Kambing-kambing ini dibeli dari ladang MaiFarm dan Kandang Barakah, Nilai. Kandang kami juga dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti rumah penyembelihan, tempat memproses makanan, tempat pengumpulan tinja, pejabat pengurusan, kediaman pekerja dan bilik rawatan. Anggaran kos kandang yang menelan perbelanjaan tinggi ini adalah dirasakan perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan ternakan kami terjamin.

Dalam memastikan AL-Hilmi dapat mencapai sasaran, Al Hilmi telah merangka beberapa strategi dan rancangan bagi masa hadapan. Antara yang kami telah rancangkan untuk pembangunan Al Hilmi adalah :

  • Pusat penyembelihan bagi halal hub
  • Pemprosesan Tinja
  • Penghasilan Baka melalui permanian berhadas dan pemindahan embrio.

Peta Laman

  • Laman Utama
  • Info Syarikat
  • Produk
  • Galeri

© Hakcipta Terpelihara 2010 Al-Hilmi Sdn. Bhd. Direka oleh EM

Lokasi

Peta Lokasi Al-Hilmi Agrofarm

Ladang Al-Hilmi Agrofarm, Lot 2554, Kg. Tambak, Slim Village, 35800 Slim River, Perak Darul Ridzuan.

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut, sila isikan borang maklumbalas di bawah agar pihak kami dapat berhubung dengan anda secepat yang mungkin.